Kepada semua anggota Kadet Polis,anda dikehendaki menghadiri latihan kawad kaki pada setiap hari (Isnin hingga Khamis) bermula jam 3.30 petang.Kehadiran adalah wajib.Kegagalan anggota menghadirkan diri pada waktu latihan akan dikenakan tindakan tatatertib
Undian
Tahukah Anda?
Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan ..
Laman Web ini bukan sahaja menjadi simbol kepada imej Pasukan Kadet Polis Malaysia malah merupakan lambang usaha intelek semua anggota dan guru yang telah dijana melalui semangat kerjasama dalam kalangan anggota khususnya.Kesungguhan dan komitmen sangat penting bagi menjamin kualiti kerja yang tinggi dalam menggabungkan idea-idea bernas,kreatif dan inovatif para guru dan pelajar.Saya berharap dengan wujudnya laman web seumpama ini dapat lagi merancakkan penggunaan IT di sekolah kita.
Akhir kata daripada saya dengan terbinanya laman web seumpama ini saya berharap setiap pelajar khususnya anggota Pasukan Kadet Polis Malaysia dapat berganding bahu dan mengamalkan budaya kerja berpasukan sebagai pemangkin kecemerlangan Pasukan Kadet Polis dan sekolah.
UCAPAN PENGETUA SMK Simpang Renggam
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rahmatNya kerana saya diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Portal Rasmi Kadet Polis Malaysia ini.Pertama sekali saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada seluruh anggota Pasukan Kadet Polis Malaysia yang telah terlibat dalam menyediakan dan menyiapkan laman web ini dengan jayanya.
Pada 25 Februari 2010,Pasukan Kadet Polis yang terdiri daripada 37 anggota lain-lain pangkat telah terpilih bagi Kawalan Kehormatan Hari Sukan Sekolah kali ke-11.Pasukan ini diketuai oleh Sarjan Mohamad Hairy Zolkefle selaku ketua komandan SMK Simpang
Renggam dan dibantu oleh 5 orang koperal.Kawalan Kehormatan ini telah diperiksa oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam.
Pada 5 hingga 7 Mac 2010,Kursus Permantapan Asas Kawad Kaki telah Diadakan Di Padang Kawad SMK Simpang Renggam.Pasukan ini telah dilatih oleh seramai 3 orang jurulatih berpengalaman dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 Simpang
Renggam.Seramai 70 orang anggota lain-lain pangkat telah dipilih untuk menyertai kursus ini.Iaitu 35 anggota lelaki dan 35 anggota perempuan.Keadaan terkawal sepanjang kursus ini berlangsung.
..........................................................................................
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 7 ke atas dan resolusi skrin 1024 x 768
Disediakan oleh : Bahagian Multimedia MHZ PRODUCTION Laman Web : www.mhzproduction.50webs.com dengan kerjasama Unit Multimedia Kadet Polis Malaysia SMK Simpang Renggam,KM,72,Jalan Johor,86200 Simpang Renggam,Johor